Thursday, May 19, 2016

Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda - Part 3

Assalammualaikum... hoho

Fresh ni baru balik dari interview FELDA. Haha. Kol 12.15 p.m. dah sampai rumah. Seriously, sampai sekarang aku terkedu lagi dengan interview tu. Bukan la sebab takleh jawab ke apa, sebab soalan dia memang teramat senang. Cuma, I just don't understand this feeling. Huaaaa~

Keluar rumah, cam biasa la... kol 6.40 a.m. camtu... Yela, KL tu jem macam ape. Sampai-sampai je dalam kol 7 nak kol 8. Interview tahun ni Felda buat dekat Persada Kristal & Persada Mutiara, Felda Villa ,KL. Aku suka doe tengok  tempat-tempat Felda ni. Lawa. Haha. Makanan pon not bad. Yeah, makan free lagi. =D


Encik Google's



Sampai je dekat Felda Villa terus gi daftar. Time aku sampai tu cam dah ramai orang. Beratur punya beratur aku dapat no.10, Persada Kristal (group B). Semasa menunggu dipanggil memang disediakan makanan la. Tapi yang sedihnya satu pon aku tak makan. Tak lalu weh. Minum teh tarik je mampu.

Ooo ya, untuk interview ni FELDA panggil dalam 40 ++ dari yang pergi kursus haritu. Lepas dah tunggu-tunggu, nervous-nervous sikit semua, aku pon kena panggil masuk around pukul 11 jugakla.

Masuk-masuk je catwalk sikit...sebab jauh nak sampai kat meja penginterview. Haha. Masuk tu terus hilang nervous tu. Ade 3 panel dalam Persada Kristal ni. 2 lelaki sorang perempuan. Sorang tu foreigner, Principal KYUEM. Woahhhh~ tapi dia sportinggg sangat, gelak-gelak sume...

Masuk-masuk tu je, terus bagi sijil-sijil dengan resume. Pastu start la sesi sembang bersama panel-panel. Basically, ape yang aku perasan dia banyak tanya pasal aku. My interest apa ke semua tu lah. Takde pulak current issue. Tapi kat Persada Mutiara dorang kata penginterview tu tanya pasal isu semasa la, fact la... Ikut takdir kot.

Dia akan tanya negara mana? Kenapa?
Uni mana kita nak? Kenapa?
Course ape? Kenapa?
Second choice kalau tak dapat course first? Kenapa?

Basically benda-benda tu la. Kalau kita pergi interview apa-apa organisasi pon memang sepatutnya kita kena buat research sikit pasal dorang. Yela, diorang nak taja kita. Kenalah ambik tahu. Aku kena tanya pasal FGV. Aku cakap jela apa yang aku tahu. Pom pam pom pam...

Lepastu, keluar-keluar je dari bilik interview tu tak rasa apa. Nervous, syok, lega ke apa semua takde. Rasa macam tertinggal 'rasa' tu kat dalam bilik interview tu. HUHU.

The End.






No comments:

Post a Comment