Thursday, May 19, 2016

Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda - Part 2

Assalammualaikum...

The second day came.
Hari yang macam cuak-cuak sikit.

Hari exam ni aktiviti dia cuma, makan
exam,
makan,
exam,
take 5,
exam,
makan.

Exam first tu ujian personaliti. Sekojap je. Tak sampai 10 minit pon.
Second paper. English paper 1. 60 soalan 60 minit.
Jangan tertipu la dengan tajuk kertas exam tu 'ENGLISH'.
Ada math dengan addmath kot dalam tu. Addmath tu aku tak ingat dah cane. Memang kira manual la aku. Haha.

Second exam tu, baru English paper 2. Essay.
Tahun ni, soalan dia tanya pasal... 

-what can you see in FELDA in 50 years coming?
-Apakah masalah yang FELDA akan hadapi dalam 50 tahun akan datang dan cara-cara    menyelesaikan.

Essay tu paling lah. Tak tahu nak cakap apa. Aku guna instinct. (cane eja dia --?)
Apepon believe in Allah.

"If it meant to be, it will be."
Lizaaa

Le lunch


Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda - Part 3

Assalammualaikum... hoho

Fresh ni baru balik dari interview FELDA. Haha. Kol 12.15 p.m. dah sampai rumah. Seriously, sampai sekarang aku terkedu lagi dengan interview tu. Bukan la sebab takleh jawab ke apa, sebab soalan dia memang teramat senang. Cuma, I just don't understand this feeling. Huaaaa~

Keluar rumah, cam biasa la... kol 6.40 a.m. camtu... Yela, KL tu jem macam ape. Sampai-sampai je dalam kol 7 nak kol 8. Interview tahun ni Felda buat dekat Persada Kristal & Persada Mutiara, Felda Villa ,KL. Aku suka doe tengok  tempat-tempat Felda ni. Lawa. Haha. Makanan pon not bad. Yeah, makan free lagi. =D


Encik Google's



Sampai je dekat Felda Villa terus gi daftar. Time aku sampai tu cam dah ramai orang. Beratur punya beratur aku dapat no.10, Persada Kristal (group B). Semasa menunggu dipanggil memang disediakan makanan la. Tapi yang sedihnya satu pon aku tak makan. Tak lalu weh. Minum teh tarik je mampu.

Ooo ya, untuk interview ni FELDA panggil dalam 40 ++ dari yang pergi kursus haritu. Lepas dah tunggu-tunggu, nervous-nervous sikit semua, aku pon kena panggil masuk around pukul 11 jugakla.

Masuk-masuk je catwalk sikit...sebab jauh nak sampai kat meja penginterview. Haha. Masuk tu terus hilang nervous tu. Ade 3 panel dalam Persada Kristal ni. 2 lelaki sorang perempuan. Sorang tu foreigner, Principal KYUEM. Woahhhh~ tapi dia sportinggg sangat, gelak-gelak sume...

Masuk-masuk tu je, terus bagi sijil-sijil dengan resume. Pastu start la sesi sembang bersama panel-panel. Basically, ape yang aku perasan dia banyak tanya pasal aku. My interest apa ke semua tu lah. Takde pulak current issue. Tapi kat Persada Mutiara dorang kata penginterview tu tanya pasal isu semasa la, fact la... Ikut takdir kot.

Dia akan tanya negara mana? Kenapa?
Uni mana kita nak? Kenapa?
Course ape? Kenapa?
Second choice kalau tak dapat course first? Kenapa?

Basically benda-benda tu la. Kalau kita pergi interview apa-apa organisasi pon memang sepatutnya kita kena buat research sikit pasal dorang. Yela, diorang nak taja kita. Kenalah ambik tahu. Aku kena tanya pasal FGV. Aku cakap jela apa yang aku tahu. Pom pam pom pam...

Lepastu, keluar-keluar je dari bilik interview tu tak rasa apa. Nervous, syok, lega ke apa semua takde. Rasa macam tertinggal 'rasa' tu kat dalam bilik interview tu. HUHU.

The End.






Thursday, May 12, 2016

Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda - Part 1

Assalammualaikum...

Suatu petang Rabu 5 Mei yang sunyi, pukul 3.11 petang aku dapat call daripada Felda. Aku diinform untuk pergi kursus dan exam pada minggu depannya di D'Saji KL Titiwangsa. Pastu dapat e-mel jugak.


Nak cerita sikit pasal Felda ni. Ada keistimewaan tau bila jadi anak/cucu peneroka. Salah satunya, kita boleh mohon dana khas ni. Sebenarnya, sebab dapat panggilan ni baru aku tahu Felda tu bukan ada kelapa sawit semata. Rupa-rupanya, Felda ni ade restoran sendiri which is D' Saji. Wuu~ D' Saji ni pon bukan ada satu je kat Malaysia. Banyakkkk. Dekat overseas pon ade restoran D'Saji ni. Fuyooo.

Pastu restoran dia ni bukan cikai-cikai tau. Ekslusif katako. Makanan macam hotel. *nyum nyum* Felda ni pon ade Hotel. Pergh ni series aku baru tau. Pastu ada banyak la anak syarikat lain vla vla vla.

Tahun 2016 ni, untuk dana khas pihak FELDA buat 2 hari. Memang 1 Malaysia semua datang dekat KL ni untuk kursus. Tahun ni yang memohon dalam 100 orang (Encik Nuri cakap). Yang terpilih pergi kursus ni adala dalam 75 orang. Dan yang datang pada hari kejadian pertama ada la dalam 50-60 orang. Mengikut statistik, tahun 2014, Felda ambik 15 orang untuk dana khas ni. 2015, Felda amik 6 orang. Haha. Teka kenapa?



Rafflesia Hall

Hari first tu, ada kursus motivasi dengan Ustaz Long Bin Kechik. Dia macam telaga biru jugak la. Topic haritu basically pasal manusia, ibubapa dan kematian. Sampai nangis-nangis aku. Huhu.

Untuk hari first ni, kursus start pukul 8.30 pagi sampai 5 petang.

Tentatif

Aktiviti petang tu paling best la sebab banyak bergerak pastu bising-bising. Hoho. Aktiviti petang tu secara berkumpulan so kumpulan aku ade 11 orang ( 3 lelaki 8 perempuan). Aliff, Qayyum, Haziq, Ainun, Liza, Salsabila, Afiqah dan lain-lain.

Aktiviti dia cam kelakar. Haha. Tak tahula kalau aku ni mudah terhibur ke cane... tapi memang semua orang gelak. Nak terburai perut aku gelak. Ish ish ish. Terus hilang keayuan tu.

Kitorang dapat task untuk cipta satu mesin dan kena lakonkan penggunaan mesin tu. Kiranya kitorang kena promote dekat customer pasal mesin kitorang.

Kumpulan aku buat tractor sawah. Lol. SERIUS LAWAK. Kalau la ada video~. Aku jadi shredder tractor tu yang cakar-cakar sawah. Qayyum jadi sawah. Imagine macam mana kitorang cakar Qayyum. Wahahaha XD

 Lepastu, ade game blocks kayu tu. Kena susun jadi bentuk yang cikgu tu nak. Tak tahula kenapa orang tu gelarkan diri dia cikgu. Sebab dia cikgu lah kot kan. HALO-HALO ~ YES-YES

Yang ke-3 ada aktiviti black box. Wuuuuu~
Kita kena teka apa dalam kotak dengan memasukkan jari hantu ke dalam kotak untuk rasa ciri-ciri fizikal 'haiwan' tu. Haha. Acah haiwan je.

Aku punya la menggigil-gigil nak rasa ape ada dalam kotak tu sebab tengok orang before-before aku ada yang terkujattt kena gigit dengan benda 'haiwan' tu.

Time part aku rasa je, aku memang yakin 100% tu bukan haiwan sebab dia rasa macam belakang sudu. Huhu. Silap aku sebab kata plastik. Sorry guys.

Rupa-rupanya GARFU. *tangan di bahu mata ke atas* Blergh.
Yang paling kelakar ada jugak kumpulan yang memang fikir tu haiwan. Haha.

Hari first tu makan 4 kali. Ya Allah nikmatnya. Dah la free. Paling best time lunch la. Buffet kan. Banyak gilos makanan. Tapi, first day aku sempat makan nasi, ayam berempah, daging salai lemak cili api dengan dessert-dessert. Nak kejar masa katako. Padahal banyak je masa lagi. Huhu.

Liza

Ni je yang sempat tangkap. LOL.


Overall, memang seronok sangat...
New Experience
New Friend
Kat sini, ade budak top SBP tu... aiman hakim KISAS. Aku wander kenapa dia datang sini? Mmm mmm...

Aku tak tahula tang mana dia nilai kitorang. Huhu. Sebab macam santai-santai. Yang tengok kitorang pon adala 2-3 orang. Cik Nik, Encik Nuri, Ustaz Long dengan lagi seorang tu. Pegawai Felda ni sporting yang amat.

Hari ke-2 tu ada exam. *sakit kepala*

to be continue...


Friday, May 6, 2016

Scholar-scholar-scholar

Assalammualaikum...

Tipikal la orang dah habis sekolah menengah ni nak cari biasiswa a.k.a scholarship untuk sambung study. Sama macam aku la. Klise. Lagi-lagi beratur adik-adik kat bawah. Banyak nak pakai duit. Nak ringankan beban parents kenala cari scholarship Hahaha. Terbebel pulak.

Aku lepas habis SPM asyik dok stalk je laman web afterschool.com tu sebab nak tengok available scholar. Lepas result keluar tu, memang menderu-deru la scholar bukak. Semua aku isi... nampak tamak tu. Hahaha. Tapi tak dapat pon. *face palm*

Nak pujuk diri sendiri, bukan rezeki lah tu. Takpe-takpe, HE knows the best. Time tu, macam ramai kawan-kawan aku dapat panggilan interview. Aku je tak dapat. Sob...sob...sob.




Tapi, satu hari tu dapat e-mail dari yayasan khazanah. Dapat stage 1 untuk exam online. Excited la dapat walaupun baru stage 1 sebab first time dapat. Haha. Tapi tough la soalan exam dia... 3 bulan otak tak diguna semaksima mungkin...takde stamina otak aku. Unfortnately, aku tak lepas stage 1. Aku ok je...takdela nak meroyan. Sekurang-kurangnya ada rasa excited sikit sebab ada peluang nak jawab exam dia. Tak silap aku, khazanah punya scholar ni memang tough la sebab ada 5 stage semua sekali. Pastu banyak kali interview... wuhuhu. Memang the choosen one la yang terpilih tu.




Lepastu aku dapat e-mail dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk seat for the exam. Tapi bukan online exam macam yayasan khazanah.

Kena pergi dekat menara PNB dekat KL tu. Soalan dia memang pattern yang sama dengan soalan khazanah. Rasanya memang pattern untuk xam scholarship soalan dia macam tu. BI dengan Math. Pastu IQ test.

Exam dekat PNB tu lagi terasa la sebab exam beramai-ramai. Kalau exam khazanah tu sorang-sorang. Boleh makan minum lagi. LOL. Rasanya sebabtu la tak lepas stage 1. Jawab main-main.
Upcoming ni FELDA pulak. Cuaksss.

K, tu je.



Tuesday, May 3, 2016

Resepi CHEESEKUT

Assalammualaikum and lalala...

Disebabkan aku penganggur yang tak berapa kehormat so, sepanjang cuti lepasan SPM, aku adala melepet kat dapur try-try resepi yang perut aku nak merasa. Salah satunya, cheesekut = CHEESE + BISKUT.

CHEESEKUT nila resepi paling senang antara yang senang. Tak payah nk bukak oven pasang api bagai. Aku sampai terjual cheesekut ni. Hahaha. Takdela 'ter' memang nak jual pon sebab nak merasa la dapat duit. Lumayan la... haha

Ni pinjam gambar inche google...



So the things needed are :

  • Cream cheese 250gm
  • Whip cream 50gm
  • Susu pekat manis 100gm
  • Lemon
Ok ni cara-cara nak buat cream cheese dia.

1. Campak cream cheese, whip cream dengan susu pekat dalam bekas mixer.
2. Putar semua benda tu sampai tak berketul then perah sikit lemon.
3. Biji lemon yang termasuk tu boleh dinyahkan. pastu mix lagi. Tada...
4. Siap.

Lepastu nak buat cheesekut, kita perlukan :
  • Biskut jagung HUP SENG
  • Nestum
  • Susu Dutch Lady (untuk celup biskut)
1. Mula-mula celup biskut HUP SENG tu dalam susu untuk lembabkan dia. Takyah celup lama-lama.
2. Susun dalam bekas, pastu sapu cream cheese tu tadi selapis.
3. Lepastu letak nestum atas cream cheese tadi.
4. Ulang balik step 1 sampai 3. Ikut la nak berapa lapis.
5. Atas sekali tu boleh la nak letak topping ikut suka hati. Oreo ke milo ke blueberry ke.

Ni hipster sikit topping dia


Ok. =)