Assalammualaikum w.b.t
Sedar tak sedar kita dah masuk tahun 2020 di mana dah 2 tahun aku tak update blog ni.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, baru aku terpikir nak update.
Harini hari ke 16 PKP.
Untuk makluman aku pada masa hadapan, PKP ni disebabkan oleh penularan Covid-19.
Wabak Covid-19 ni lah yang menyebabkan posting ke Temerloh ditangguh dan tiba-tiba dapat cuti 4 minggu. Hihi. 😁
Ingatkan hari ni nak cerita pasal perjalanan setakat tahun 3 dental ni, tapi tiba-tiba rasa nak cerita pasal student exchange ke Semarang, Indonesia tahun lepas (2019) masa cuti sem.
Entry ni akan jadi sangat panjang kalau aku rajin taip semua benda yang berlaku dalam masa seminggu tu.
Ni ada sikit video acah-acah.
Masa tu aku baru lepas kena viva Pharmacology, tetiba dalam group WA kelas, nama aku dengan Asmat kena mention.
Katanya kena datang fakulti sebab dekan nak jumpa. Aku dah 'debbo' macam apa. Ingat kena ambil viva lagi sekali. 😅
Rupanya, dekan nak bagitahu dapat pergi students exchange ke Semarang selama seminggu.
17 Ogos - 24 Ogos 2019.
Pelajar FPG USIM yang pergi students exchange ni 6 orang semua sekali, 2 orang wakil setiap batch.
Batch quoradent, aku dan asmat.
Batch quoradent, aku dan asmat.
Batch toothsmith, kak qila dan kak cah balqis.
Batch dentix, kak zati dan kak affaf.
Flight kitorg time tu pukul 6 ke 7 pagi tah tapi yang pastinya aku kena bangun pukul 2-3 la sebab siap-siap nak pergi airport.
Sampai-sampai sana (airport Semarang), student UNISSULA yang pernah datang USIM haritu yang sambut kami dengan dosen (pensyarah) mereka.
Hari pertama sampai tu kami dibawa makan ke restoran mbak ling, makan soto kudus.
Di semarang kami tingal di Priza Guest House, kawasan Genuk yang berdekatan dengan UNISSULA.
Malam pertama, kami berkesempatan jalan-jalan ke China town atau nama lain dia waroeng semawis. Kat situ banyak la street food. Korean. Indonesian. Macam-macam la.
Lepas beli makanan tu, kami ke Taman Indonesia Kaya.
Kebetulan waktu tu Indonesia tengah sambut hari kemerdekaan so, ada macam persembahan la dekat kawasan taman tu.
Hari kedua di Semarang, kami ikut warga UNISSULA ke Boyolali untuk aktiviti bakti sosial (community service) atau nama pendek dia Baksos.
Sepanjang perjalanan nak pergi Boyolali tu, kami lalu kawasan yang ada sawah.
Sebagai budak yang membesar di bandar, aku excited la dapat tengok sawah, kebun-kebun, gunung. Hahaha Jakun.
Antara makanan yang kami dapat masa otw ke Boyolali |
Makanan tu series sedap, tapi aku tak ingat dah apa nama dia. 😅
Masa aku first year, aku pernah pergi community service (cs) FPG USIM. Masa cs tu cuma ada pemeriksaan gigi je yang aku perasan.
Takde la tampal gigi, cabut ke scaling.
Yang aku kagum, masa aku join baksos dekat Boyolali ni, community service dorang ada cabut gigi, scaling, tampalan dan lain-lain. 😆
Petang tu kami dibawa ke taman tema air, Pandawa Water Park.
Ni antara gambar yang ada kat Pandawa. Tak ambil gambar sangat dekat sini sebab banyak main air. |
Hari ketiga ni, pihak pengurusan FPG baru datang ke UNISSULA untuk melawat fakultas kedokteran gigi (FKG) UNISSULA.
Depan bangunan FKG UNISSULA |
Pertemuan bersama pihak atasan UNISSULA |
Dental chair kegunaan pelajar FKG UNISSULA |
Loker untuk letak instrumen selepas digunakan sebelum ke CSSD |
Hari-hari seterusnya, kami attach bersama pelajar di Fkg Unissula di klinik untuk melihat kes-kes pergigian.
Kami juga ikuti kuliah pelajar di situ yang dijalankan di bangunan OSCE.
Yang lebih menarik, kami juga mengikuti kelas elektif mereka seperti kelas dental photography, aesthetics dan forensic dentistry.
Beza jurusan doktor gigi di Malaysia dan di Indonesia ialah dari segi cara pembelajaran.
Di Malaysia, course dentistry memakan masa 5 tahun di mana 2 tahun pra-klinikal dan 3 tahun pre-clinical. Masa 3 tahun klinikal tu, akan ada kelas teori, praktikal dan klinik. Manakala 2 tahun pre-clinical tu cuma ada kelas teori dan praktikal pada phantom head.
Untuk jadi doktor gigi lepasan dental school Malaysia, kena habiskan 5 tahun pengajian dan grad.
Berbeza dengan Indonesia, di sana course dentistry memakan masa 6 tahun, 4 tahun pra-klinikal 2 tahun klinikal.
Sebenarnya mereka ada term lain utk 4 tahun pre-klinikal tu, tapi aku lupa.
Tak sure profesi tu waktu klinikal atau pra-klinikal.
Kalau sesiapa tahu, boleh tolong pm tepi.
Tapi lepas 4 tahun pre-klinikal tu dah boleh grad, dan mereka boleh pilih sama ada nak sambung lagi 2 tahun klinikal atau tak.
2 tahun klinikal tu memang fokus klinik je, dah takde kelas macam dentistry di Malaysia.
Cuma ada seminar dan small group disscussion je.
Jika mereka belajar 4 tahun sahaja dan nak terus kerja, mereka tak boleh jadi doktor gigi lagi. Mereka boleh jadi pensyarah, saintis atau lain-lain kalau dah tamatkan pengajian 4 tahun dalam bidang kedokteran gigi.
Kalau mereka sambung lagi 2 tahun klinikal, baru mereka dapat bekerja sebagai doktor gigi. Lepas grad, mereka dah boleh buka klinik sendiri. Berbeza dengan Malaysia, di mana lepasan doktor gigi Malaysia haruslah berkhidmat dengan KKM dahulu sehingga habis kontrak.
Yang selebih-lebihnya kami dibawa berjalan ke tempat wisata yang ada di sekitar Semarang.
Sehari sebelum pulang ke Malaysia, rakan-rakan Unissula telah membawa kami ke Jogjakarta untuk berjalan-jalan.
Bawah ni, aku letak gambar jela tempat-tempat yang kami pergi di Semarang dan Jogja.
Es Teler. Dap iler. |
Masjid Agung Semarang |
Kota Lama. Kat sini banyak 'spot' cantik nak ambil gambar. |
Umbul Sidomukti. Sejuk gila kat sini sebab atas bukit. Tempat dia series lawa yall. |
Sam Poo Kong. |
Sam Poo Kong lagi. |
Ni kat Masjid Agung. Kitorang sempat tawaf kaabah replika ni 2 kali naik kereta. Hihi. |
Lawang Sewu a.k.a 1000 pintu. Banyak iler pintu kat sini. Series talk. |
Borobudur with Unissula friends |
Artjog di Jogja |
Until next time.
Jumpa lagi bila Fatin rajin nak type.
No comments:
Post a Comment