Wednesday, August 16, 2017

Interview Medic UKM

Assalammualaikum?

Yada yada yada...so this entry is about my experience during UKM interview for medical course.

Maafkan atas mixed BM-BI yang saya gunakan. Hahaha. Annoying kan?

Lepas je habis dari interview dentist USIM tu aku cam dah lega sebab OK DAH HABIS, TAWAKAL JELA. FUHHH~
Suddenly esoknya tu, 1 JUN 2017 pagi tu aku dapat SMS suruh cek tawaran temuduga UKM.

Flash back, 
Sebenarnya masa 26 MEI 2017 waktu result usim keluar tu, dia sekali keluar dengan result UPU untuk course yang ada interview. Aku cek masa tu untuk interview UKM, aku tak dapat.

Aku memang dah agak dah x dapat sebab aku upload fail yang xdisahkan **sigh** hahaha

So, lepas je dapat SMS tu aku terus login web UKM cek. OMGEEEE I've got the interview for medic UKM.
**screaming out loud**

Aku tak tahu cane bole dapat so aku go through with the flow je. Bagitahu ibu abah. Prepare dokumen bagai. Gone to PPUKM for interview on 6th JUNE 2017.

Gigih malam tu aku speaking BI sorang sebab haritu interview USIM, english aku macam apedah.

Aku ada tanya kawan2 UKM pasal cane UKM punya interview. Thanks a lot to Dalila and Hathim.
Walaupun aku macam blur dorang cakap pasal ape sebenarnya... hahahaha

Untuk interview UKM ni aku dapat sesi petang kol 2. Sampai-sampai je aku ikut je mana orang-orang yang nampak macam aku (bawak dokumen interview kononnya).

Masuk-masuk je satu hall ni serah dokumen bagai-bagai. Pastu kena duduk lu. Aku cari tempat duduk depan-depan sebab aku nak cepat. Tanak lelama. Ramai gila omaigod cina india melayu.

Time duduk2 tu sempatla berkenalan dengan orang sebelah, nama dia sabrina dari PASUM.

Then, lepas dah tunggu semorang dia bahagi kumpulan ( 1 kumpulan 10 orang ) and briefing sikit pasal UKM. Disebabkan aku excited sangat aku kumpulan first dengan Sabrina. Yang lain semua laki. Tapi seriesly la, yang datang iv ni macam ramai lelaki.

Lepastu pergila naik lif beramai-ramai untuk pergi interview. Yang menariknya interview UKM ni dia macam explorace sebab ada station-station yang kita pergi. Interview UKM ni diorang panggil Mini Multiple Interview (MMI)

Soalan yang panel-panel tu tanya semua pasal etika, integriti dan yang seangkatan dengannya. Takdepon pasal 'why do you want to be a doctor?' ' tell me about yourself ' hahahaha...penatnya aku berlatih.

Setiap station tu boleh guna BM atau BI. Ade jugak station yang kena guna BM je. Ade yang BI je.

Walaupun memang mustahil untuk aku dapat universiti lain sebab aku ni TAMHIDI USIM, banyak benda aku belajar dari semua benda yang dah jadi ni.
Cause Allah knows the best. I meet a lot of people and I gain exerience. ;)


Cuma nak ingatkan, kalau dari tamhidi USIM tu jangan minta UPU eh... ahahahaha don't repeat my mistakes =P

No comments:

Post a Comment