Wednesday, August 16, 2017

Interview Medic UKM

Assalammualaikum?

Yada yada yada...so this entry is about my experience during UKM interview for medical course.

Maafkan atas mixed BM-BI yang saya gunakan. Hahaha. Annoying kan?

Lepas je habis dari interview dentist USIM tu aku cam dah lega sebab OK DAH HABIS, TAWAKAL JELA. FUHHH~
Suddenly esoknya tu, 1 JUN 2017 pagi tu aku dapat SMS suruh cek tawaran temuduga UKM.

Flash back, 
Sebenarnya masa 26 MEI 2017 waktu result usim keluar tu, dia sekali keluar dengan result UPU untuk course yang ada interview. Aku cek masa tu untuk interview UKM, aku tak dapat.

Aku memang dah agak dah x dapat sebab aku upload fail yang xdisahkan **sigh** hahaha

So, lepas je dapat SMS tu aku terus login web UKM cek. OMGEEEE I've got the interview for medic UKM.
**screaming out loud**

Aku tak tahu cane bole dapat so aku go through with the flow je. Bagitahu ibu abah. Prepare dokumen bagai. Gone to PPUKM for interview on 6th JUNE 2017.

Gigih malam tu aku speaking BI sorang sebab haritu interview USIM, english aku macam apedah.

Aku ada tanya kawan2 UKM pasal cane UKM punya interview. Thanks a lot to Dalila and Hathim.
Walaupun aku macam blur dorang cakap pasal ape sebenarnya... hahahaha

Untuk interview UKM ni aku dapat sesi petang kol 2. Sampai-sampai je aku ikut je mana orang-orang yang nampak macam aku (bawak dokumen interview kononnya).

Masuk-masuk je satu hall ni serah dokumen bagai-bagai. Pastu kena duduk lu. Aku cari tempat duduk depan-depan sebab aku nak cepat. Tanak lelama. Ramai gila omaigod cina india melayu.

Time duduk2 tu sempatla berkenalan dengan orang sebelah, nama dia sabrina dari PASUM.

Then, lepas dah tunggu semorang dia bahagi kumpulan ( 1 kumpulan 10 orang ) and briefing sikit pasal UKM. Disebabkan aku excited sangat aku kumpulan first dengan Sabrina. Yang lain semua laki. Tapi seriesly la, yang datang iv ni macam ramai lelaki.

Lepastu pergila naik lif beramai-ramai untuk pergi interview. Yang menariknya interview UKM ni dia macam explorace sebab ada station-station yang kita pergi. Interview UKM ni diorang panggil Mini Multiple Interview (MMI)

Soalan yang panel-panel tu tanya semua pasal etika, integriti dan yang seangkatan dengannya. Takdepon pasal 'why do you want to be a doctor?' ' tell me about yourself ' hahahaha...penatnya aku berlatih.

Setiap station tu boleh guna BM atau BI. Ade jugak station yang kena guna BM je. Ade yang BI je.

Walaupun memang mustahil untuk aku dapat universiti lain sebab aku ni TAMHIDI USIM, banyak benda aku belajar dari semua benda yang dah jadi ni.
Cause Allah knows the best. I meet a lot of people and I gain exerience. ;)


Cuma nak ingatkan, kalau dari tamhidi USIM tu jangan minta UPU eh... ahahahaha don't repeat my mistakes =P

Tuesday, August 15, 2017

Interview Dentistry USIM

Assalammualaikum y'alls?

OK cliche punya ayat.
LAMA TAK BUKA BLOG.
BERHABUK OREDI...FUH~ **tiup debu**

HAHAHA XD...

Nak share sikit pengalaman interview untuk course dentistry USIM.

First of all, nak masuk dentistry USIM ni mesti jadi feeder kepada USIM dulu which that's mean you are from tamhidi. Tamhidi ok. Tak kesahla tamhidi apa asalkan science stream.

Ok, aku cerita dari awal aku nak check dapat ke tak interview USIM. Hihi.

Masa tu hari Jumaat, 26 Mei 2017, haritula result sem 2 tamhidi keluar. Haritu jugakla result interview untuk course tertentu keluar. Dan haritu jugakla hari terakhir bulan syaaban sebab esoknya dah bulan ramadhan.

Tepat jam 12 tengahhari sistem semakan e-tasjil dibuka untuk cek keputusan interview. Aku sejak habis SPM, aku memang dah aim dentist. Kenapa? Too many answers. Cuba teka aku dapat ke tak interview dentist tuuuu??

NOOOOO!! AKU TAK DAPAT!! Time tu aku rasa macam 'Ya Allah kebalaan apakah ini?'

Ooo ya, time tu aku kerja kat Butik Radiusite. Dahla time tu Radiusite blackout. Ya Allah... series la time tu aku tengah serabut dengan APAHAL AKU TAK DAPAT INTERVIEW??! lepastu dengan radiusite blackout lagi...hahaha

Sebabkan hal interview ni aku terabai customer yang datang. Maafkan saya boss. Huhu.

Aku tanya kawan-kawan yang minta course dentistry dorang dapat ke tak. Ada yang dapat ada yang tak. Akhirnya, aku tahu sebab apa aku tak dapat iv, sebab aku minta UPU.

Sebab takleh bertenang, aku terus call usim tanya kenapa aku tak dapat iv bla bla bla...Then, dia cakapla sebab aku minta UPU nama aku hilang dalam sistem USIM. Allahu...heartbreaknya. Rasa nak nangis.

Lepastu orang tu cakap nanti dia kena run semula sistem. TAPI, orang tu tak tahu bila sistem tu boleh baik semula.

Aku cam ok ALHAMDULILLAH ok ada peluang. Tapi still aku cuak sebab kawan-kawan cakap interviewnya minggu depan.

30 mei interview medic
31 mei - 1 jun interview dentist

Pastu before interview tu kena buat medical check up. Kalau ujian darah it takes time usually for three days. Aku mmg stress tahap 4 la minggu tu sebab dengan tak dapat interview lagi pastu kalau dah dapat sempat ke nak buat medical check up.

Balik je kerja dari radiusite tu aku bagi tahu ibu dengan abah dengan musibah yang menimpa diriku. Huhu. Abah ajak aku gi USIM senin (29 Mei) tu untuk fast response sebab rabu (31 Mei) dah nak iv, nak buat medical check up lagi.

Sabtu Ahad tu memang aku kemurungan betul la...Setiap jam aku dok cek e tasjil nak tengok aku dapat ke tak. First time, aku rasa sedih gila yang amat sebab benda ni yang aku harapkan sangat-sangat dari first day aku masuk USIM.

Hari Jumaat tu aku dah ws kak echa siap-siap minta cuti isnin selasa rabu (3 hari), padahal sabtu ahad tu dah cuti sempena Ramadhan Al-Mubarak. Aku sedih sangat sampai minta cuti 3 hari walaupun tak sure lagi aku dapat ke tak interview tu. So, total aku cuti 5 hari. Hehe.

ISNIN pagi (29 Mei 2017)

Aku last check dekat e tasjil sebelum aku gerak gi USIM kol 8 dengan abah. Pastu sampai dekat canselori USIM tu tanya pasal kes aku ni pastu dia jawab sama macam dalam telefon haritu 'saya kena run semula sistem'. Sebab sedih sangat berkaca-kaca mata aku walaupun aku memang berkaca mata sepanjang perjalanan tu.

Dalam kol 11 pagi aku dapat call suruh cek e tasjil kol 12. Tapi aku cek jugak time tu.

ALHAMDULILLAH dapattt...

Lari-lari aku turun tangga tunjuk ibu dengan abah.

IV aku 31 Mei 2017 pukul 9.00 pagi.

Disebabkan aku amik cuti 3 hari. Hehe. Petang tu aku pergi klinik buat ujian HIV dengan hepatitis dengan Fariha.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, doktor tu cakap kitorg boleh result darah tu esoknya sebab urgent. Sebabnya before datang klinik tu, ibu dah call tanya pasal result ujian darah dapat bila, then dia cakap dalam masa 3 hari.

Terima kasih Allah. Terima kasih doktor Poliklinik Al-Haj.

RABU pagi (31 Mei 2017)

Abah hantar aku pagi tu pegi Pandan Indah, Ampang, KL. Parking situ kena bayar. RM3. Sobs. Memang tak lah aku nak bawa kereta.

Sampai-sampai je kitorang dikuarantinkan dalam satu bilik. Angka giliran ikut birthday.
OMG aku orang last. Dari cuak terus tak rasa apa sebab lama sangat. Mereput aku dalam bilik tu.

Sampai je turn aku kena panggil masuk satu bilik ni. Dalam tu ada wire, plasticine dengan alatan2 macam dentist punya. Playar gabung pon ada okeh. Tasknya, kena cipta satu barang dari benda tu.
Aku hentam je.

Pastu kena gi bilik sebelah bawak benda yang kita cipta tu. Ada 4 orang dalam tu. Sorang tu yang uruskan segala dokumen yang kitorg bawak. Lagi 3 tu panel. Sume doktor. Wooooo

Panel sangat sporting. I like.

Pastu kena lukis gambar pasu depan dorang. Series tangan akan gigil. Lawak gila. So, taknak nampak gigil tu aku lukis sambil tekan kuat2. Hahaha. So, tak nampakla aku gigil...nampak konfiden je.
Pastu kena terang apebenda yang kita cipta tadi tu.

Pastu panel tu soal la kita macam-amacam. Basically, ahli panel tu tanye soalan pasal diri sendiri je. Takde isu semasa ponggg. It's a nice discussion tho. Hihi.

Ok habis.



Ok aku cite kenapa aku minta UPU. Aku minta sebagai back up plan kalau aku x berjodoh dengan dentistry USIM sebab USIM nak 35 orang je.

Next post, aku akan share pasal interview medic UKM. Hehe.

Bai. Night fellas.

OOO yea, dapat panggilan interview dentistry USIM ni adalah hadiah birthday terbaik bagi aku.
Cause 31st May is my day. =D