Assalammualaikum.
Harini result dah keluar.
Alhamdulillah dengan apa yang aku dapat.
Lepasni kena muhasabah balik.
Hahaha.
Banyak sangat me'lagha' ni.
Nak masuk medic dentist USIM kena 3.5 >
Goodluck Fatin Adiba Amran untuk Sem 2.
Isnin ni dah start Sem 2.
New sem, new spirit, same mission.
Misi 4 rata.
Pen off
=)
Friday, November 25, 2016
Saturday, November 12, 2016
DeDiary
Asslammualaikum w.b.t.
Harini Bangi hujan lagi.
Alhamdulillah. Yehhey!!!~
Haritu terbukak lemari meja aku, pastu nampak bebuku dediary aku beratur dalam tu.
Sobs. I miss the time I wrote all of those diaries.
Aku start tulis diary darjah 3 ke 2 tah.
Diary ni sebenarnya bukan kerelaan aku mula-mula.
Aku join kelas tuisyen English time tu, tuisyen tu dalam kuartes kat Sekolah Tun Fatimah (STF).
Sampai sekarang aku ingat STF tu sebab aku baru tahu STF tu SBP waktu aku form 1.
Hahaha. Noob. Boo.
Lepastu, Sir yang ajar aku tu suruh tulis diary dalam bahasa Inggeris.
Every day katanya, yela...namapun diary.
Paling aku ingat, dia tunjuk aku contoh-contoh diary students dia.
Ada 1 diary tu, aku tengok dia tampal getah rambut. Hahaha.
Aku takingat kenapa. Tapi aku macam admire gila tengok diary dia.
Ada blink-blink. Glams gituuu.
So, diary aku time sekolah rendah basically dalam BI.
Pastu time darjah 6 tu aku dah start gelong sikit.
Sekejap BI. Sekejap BM.
Naik form 1 sampai form 5...memang serius BM diary aku.
Tapi, sayang gila... diary time kecik-kecik aku dulu dekat sir tuisyen.
Huhu.
Diary darjah 6 la paling tua sekarang ni.
Start lepas SPM ni aku makin berlemak dan berminyak. Hahaha.
Malas nak tulis diary walaupun lagi banyak masa free.
So, aku start balik time asasi...tu pun berapa kerat je aku tulis.
Malas tahap 4.
Series, tulis diary ni fun.
Bila baca balik, kadang-kadang tak teringat pon peristiwa tu.
Lagi-lagi kalau kita tulis every single detail of an event, boleh terbayang kot.
Kadang-kadang kelakar.
Kalau cite pasal tengah marah ke, sedih ke...series seronok baca balik.
Disebabkan aku duduk asrama, so aku tinggal le dediary aku kat rumah.
Aku rasa ada yang dah ceroboh diary aku.
Hmm, tak kisah pun...asalkan jangan kecoh rahsia aku.
Hahaha.
Pen off.
Thursday, November 10, 2016
Cerita Lepas SPM
Disebabkan harini bumi Bangi hujan yang xberapa nak renyai berselang-seli dengan bunyi guruh yang segan-segan, jadi saya harini nak throwback kisah kehidupan saya beberapa bulan yang lalu.
Lols.
Kaitannyala dengan hujan guruh bagai.
Lepas SPM tu, rasa macam merdeka 5ever.
Feeling that I've never had it before. Pernah la kot, sikittt.
First 2nd week after SPM tu berlalu dengan bahagia sebab xmereput lagi.
Well, dah list dah time tu THINGS_TO_DO_AFTER_SPM.
Manatah list tu nyorok, rugi xamik gambar.
Pastu adala satu hari tu Ibu cem suruh la aku kerja dari aku mereput dekat rumah.
Esoknya, Ibu cakap 'time ni la nak rehat, nanti dah start belajar ke kerja xde dah nak rehat-rehat'.
Lolz. Aku konfius jugak. Kejap suruh keje...haha.
Aku buat pilihan yang tepat dengan pilih cadangan no.2.
Yes, lepaks-lepaks di rumah.
Pastu ada jugak la aku belajar jahit gi amik lesen vla...vla...vla tu.
Mula-mula tu best. Seghius talk I tell you.
Time tu dah xpikir keserabutan hidup seorang student cause I'm free man! Yeah!
Hahaha... kebahagiaan tu sementara je sebab lepastu cam stress gila sebab bosan.
See, bosan xtahu apa nak buat pon boleh membawa kepada stress.
Adala jugak aktiviti aku isi dengan pegi library pinjam buku sedozen.
Pastu balik mereput dengan buku.
See, habis sekolah pon buku lagi.
Fatin dan buku memang tidak dapat dipisahkan.
Pastu adela aku try an error buat roti, kek, baking-baking bagai.
Lepastu Dayah dok pujuk-pujuk aku cari duit.
Ayat dia kasi deep wooo...tapi aku malas nak ingat,
kang makin deep aku rasa.
So, bermula dari situ aku start jejual bebiskut kookies chip choc tu.
Pastu cheesekut, kekeks cokelat.
Menda tah lagi.
Tapi, awal-awal tu aku dah start jual tetudungs.
Bahagia woo dapat duit. Hahaha.
Then, I know...tak senang nak dapat duit.
Penat gilo tahu. Nak buat cookies tu la...dah la aku sorang.
Time tu tempahan banyak. Alhamdulillah~
Penat weh. Nak tercabut semua tulang aku.
Macamanapun, semua ni xkan terjadi kalau tanpa support ibu abah dayah and adik-adik lain.
Thanks.
ILYSM.
Awal-awal nak start bisnes tu ibu abah yang banyak tolong kuar duit modal...
Then, dah dapat hasil tu...I guna duit tu tuk beli bebahan.
Huhu... Rasa cam dah besar.
Tak kesahla, waktu tu dah berlalu.
I learnt a lot during that time. Thanks Allah. Thanks everyone.
Ni cuti sem 1 aku memang melepaks habis sebab ...hahaha tahla.
Nanti cuti sem 2 insyaAllah nak cari kerja.
Belajar bersosial dan bermuamalat.
If Allah wills.
Roti Boy by lepasan SPM |
KeKookies |
The Tetudungs |
Reroti |
Pen off.
Wednesday, November 9, 2016
Housemate KKNC
Assalammualaikum.
Disebabkan haritu terjanji dengan dorang nak buat entry pasal mereka.
So, here it is.
Ma new friends afterschool.
Le Housemate.
Moh takde time ni. Sobs. |
Lol. Aku yang besar kat situ. Kesah =P
KKNC (Kolej Kediaman Nilam Court) tu macam apartmen la.
Tepat lagi, macam flat.
Ada 3 bilik dan 2 tandas.
1 rumah tu biasanya boleh hidup 8 orang.
Bilik 1 tu paling besar.
So, boleh sumbat 4 orang.
Bilik 2nd tu kecik sikit ,so 2 orang boleh hidup situ.
Bilik no.3 paling kecik but still 2 orang jugak.
Nampak pack bilik no.3 tu tapi kalau kau pandai susun perabot dalam tu...
series luas...
seluas bilik no.2 (bilik aku)
Hoho.
Banyak jenis manusia yang baru aku jumpa lepas habis sekolah ni.
Housemate aku tu lah antaranya.
Ada sorang tu suka gila bebaju butik benang hijau.
Aca-aca duta lew. Menarik. Sebab aku pon suka tengok bebaju lawosss ni.
Yang ni nama dia Fatimah.
Call her Moh.
Meni ni ore kelate.
Paling banyak bunyi la aku rasa. Hahaha.
Ni la teman aku bercakap, nak meroyan pon dekat dia. Luls.
Mak cik ni suka gila tengok drama Melayu yang adaptasi novel.
Lantaklah esok exam ke quiz...kalau eps tu baru kluar.
Tetengah malam japgi kau tengok dia stay up tengok cite.
Jihaaa~le schoolmate and classmate.
Unexpected gila kot dapat serumah dengan dia.
Jiha sentiasa baik dan sopan. Dari dulu lagi.
Kami je bengong sikit. Hahaha.
Ni la kawan aku klau nak gossip pasal SMAPK.
Nickey. Macam mickey dah. lulzzz.
Ni roomate kesayangan aku. xoxo.
Aku first2 time cakap dengan dia guna 'saya' 'awak'.
But then, dia first time cakap ngan aku terus 'aku' 'kau'
Cam dah member. Terkujat aku. HUHU.
Budak ni minat gila JEPUN.
Sampai dia tahu tulisan and perkataan Jepun eventhough tak amik bahasa Jepun.
Aku yg belajar Jepun ni pon merepek je lagi.
Time makan, hobi dia tengok Doraemon. Rare.
Yana.
Ni lagi satu, suka tengok dia study. Comel gilaaa. Hahaha.
Ni lebih kurang Nickey je.
Time makan, suka tengok cite LAVA. Ala, yang cite ulat-ulat warna merah tu.
Yang xde suara tu, Pastu gelak sorang.
Ni serius rare. Tak expect ada orang minat cite LAVA tu.
Awesomenyala~
Nama Athirah but people call her Dik. Why?
Pegila interview dia.
Paling aku suka lah suara dia. Comel je kecek kelate. Suka dengar dia bising-bising.
Sunyi je rumah kalau xde Dik.
Banyak gegila memake-up. Suka tengok. Weheeee.
Suka tengok tudung Aidijuma dia.
Budak ni selalu tengok runningman tak pon kdrama yang aku perasan.
Kalau xgelak sorang2 mesti nangis.
CC: Dik the cameralady |
Hanis. Wiuuuu~
Budak MRSM Gemencheh. Ni hantu korea jugak. K drama most of the time.
Btw, periuk nasi rumah kami ditaja oleh Hanis.
Thanks Hanisss. Katanya lebih senang pakai bawal dari shawl...
but for me
shawl better
Whatever~~~
And with this, I'm still hope to have them as my roommates in the next semester.
Sayang korang!
xoxo |
Subscribe to:
Posts (Atom)