Harini nak cerita sikit pengalaman interview JPA-MARA. Time keluar result SPM terus scholar ni bukak. Sekejap je tapi dalam seminggu camtu. JPA-MARA tahun ni dah xhantar sangat ke overseas. Yang hantar pergi overseas HANYA lah ke jepun tu pon jurusan kejuruteraan. Sedih sikitla... sob sob sob
Dia ada 3 benda sebenarnya. Biasiswa JPA, MARA, JPA-MARA. Boleh pilih salah satu je. So, mula-mula aku isi JPA sebab meroyan sangat nak oversea. Hahaha. Kesah pulak engineering walaupon aku xminat pon kos tu. Sebab Syahmi (cousin) pon amik engineering dekat jepun dan katanya xminat kos tu dan terpikir pon nak amik. Dah rezeki dia kat situ kan~~~ macam terinspire kat situ la kononnya hahaha
Pastu tengok JPA-MARA punya offer, ade IPTS dan Jepun. MARA punya lambat sikit keluar. Lepastu tengokla biasiswa MARA, ade dentistry... wuhuhu...bestnya. Sekali tengok requirement dia tinggi. Blergh. Dahla tak nak A-. So, bai-bai MARA.
Pastu tah cemana hati boleh tergerak nak minta JPA-MARA sebab rasanya xperlu la nk meroyan sangat nk overseas. Lagipon xminat engineering. Sebab dah fikir dengan waras time tu so tukarla, minta sains hayat JPA-MARA.
SAC ni stand for Student Assesment Centre dimana kita akan dinilai secara berkumpulan. Masa aku pergi SAC ni ade 2 sesi >>> Interview dan LDK
Pagi tu, aku siap awal gila dalam kol 7 --'
Padahal kena ada kat sana kol 8.30. Tak kesahla... nampakla aku excited terlebih. haha.
Sampai sana nampak ramai makhluk2 baju putih macam aku. Masuk-masuk je COIT, UNITEN tu ade pegawai JPA tu suro susun benda-benda yang dia suro bawak. Pastu aku pon melekat la dekat board yang ade sequences susunan tu nak susun segala kertas-kertas.
Lepas siap susun, tu aku terus naik lif... ingat macam nak tego orang sekeiling, tapi semua macam ade parents. Takpelah chaw dulu naik lif. Lif terbukak je aku nampak meja pendaftaran untuk kelompok 3.
Aku pon daftar le vla vla vla semuanya pastu dapat tag no. Garang doe akak daftar tu -,-
Pastu aku pon duduk lepak-lepak dekat sudy area tingkat 2 tu sebab awal lagi. Tak pukul 8.30 lagi.
Tak sempat aku tego orang, ade orang tego aku... Aliah namanya, budak SSP. Dia minta medic. Ramai la jugk sempat berkenalan tapi tak ingat. hehe.
Dalam kol 9 kitorang pon berkumpul then pergi dekat bilik-bilik yang sepatutnya. Bilik first aku INTERVIEW. *ternganga* Seriusly, terkejut jugakkkk... huhu sebab yang aku blogwalking bebudak interview JPA-MARA tahun lepas takde interview.
Masuk-masuk tu kitorang pon interview la. Group aku ade 10 orang tapi sorang tak datang so tinggal 9. Ade 2 panel. Laki dan perempuan. Okla sebab panel tu friendly. No cuak. Tapi sebab ni first pengalaman aku interview untuk scholar so cuak jugak. Ape yang aku belajar dari sesi interview ni yang hospital or klinik kerajaan and swasta are no difference. Sama je dari segi teknologi, ubat-ubatan...it's just the mentality of our people yang fikir swasta tu better. Yet tak dinafikan jugak tapi the technologies and medcine are still the same. The quality differs because many people come to gov hospital sebab murah. Vice versa private punya. Nampak tak dekat sini, orang kata kualiti gov hospital cem kureng... sbb sebenarnya banyak patient. Tak cukup doktor. OK. Malas nak explain.
Then ade break kejap lepas habis interview... time ni la nak bonding dengan kengkawan group. Cakap pasal sekolah dolu-dolu. Group aku ni ade budak MRSM, MCKK, Semashur, mana tah lagi...aku pon tak ingat.
Sesi kedua kitorang kena masuk dalam bilik LDK dengan group lain. So, ade 2 group dalam bilik tu. Dalam bilik tu kitorang dapat satu isu. Bincang 30 minit. Then, bentang. Pastu QnA sikit. Ni sesi paling aku suka. Sebab santai rileks-rileks. Syukur Alhamdulillah sebab time ni group aku dapat tajuk senang. Pasal warga asing. Kitorang bincang pasal isu asas, penyelesaian dan kesan. Seriesly, macam buat presentation kat kelas.
Panel yang ade dalam bilik tu 2 orang. Prof perempuan dengan seorang laki. Sporting gila. Siap gelak-gelak lagi. Time ni la nak capub...cakap banyak-banyak. Tanya soalan ape semua.